Wednesday 6 July 2011

IMAM DAN 20 SEN



20 sen....merubah segalanya
Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi maha mengasihani. Artikel kali ini yang berbentuk cerpen dipetik dari laman i luv islam..sama-sama kita hayati kisah ini.
Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.
Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.
Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.
"Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?" Imam tersebut bertanya kepada dirinya.
"Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup," kata Imam tersebut.
Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti.
Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.
"Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.
"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya," pemandu bas tersebut berkata.
Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya perlu berlaku jujur."
Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam."
Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!"
Sahabat-sahabatku sekalian...
Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam.
Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.


wassalam..

Friday 1 July 2011

Ustazah bagi "rasuah"......





Bismillahirrahmanirrahim.....alhamdulillah masih dikurniakan nikmat iman dan islam yang mengizinkan diri mencoretkan sesuatu sebagai pelengkap post....setiap hari punya kisah yang berbeza bagi setiap jiwa yang bergelar pendidik. Begitu juga dengan diri ini, hari ini dapat gelaran ustazah pemberi rasuah...tersenyum juga bila difikir-fikir.Hot juga kira ni....

Menjadi kebiasaan bagi diri saya, masuk je kelas agama bermula dari tahun 2 sampai 4...wajib baca doa iftitah, tahiyyat dan doa qunut...nak tak nak murid kena cuba juga hafal..bukan untuk kepentingan diri sebenarnya, tapi saya menganggap bila dari kecil dah dibiasakan dengan bacaan itu semua..insyaALLAH kefardhuan solat pun senang je nak buat. Saya bermula dengan tahun 2, dan kebiasaannya masuk je tahun 3 semua dah menguasai bacaan-bacaan tu.

Nak dijadikan cerita budak tahun 3, ahmad(bukan nama sebenar)..masih lagi belum lancar doa qunut sedangkan kawan-kawan yang lain alhamdulillah semua sudah lancar. Jadinya, saya pun buatla perjanjian secara tidak rasmi dalam kelas tanpa ada sebarang kenyataan bertulis...
"ustazah bagi tempoh seminggu sampai jumaat untuk ahmad hafal doa qunut...kalau boleh ingat, ustazah bagi duit RM 5,kalau x dapat ustazah mintak kamu 2 kali ganda dari duit tu@ ahmad hafal doa qunut depan guru di bilik guru"...bukan main lagi bagi arahan, tapi sebenarnya paksaan buat murid rasa tecabar.
terkulat-kulat tengok muka ahmad....takut juga dia nak sahut cabaran..budak-budak yang lain sibuk bagi kata semangat kat ahmad..tersenyum sendiri lagi ustazah dia ni...;-)

Bila tibanya hari Jumaat, hari ni la....tiba je masa agama islam, berlari-lari kawan-kawan ahmad ni panggil saya di bilik guru, punyala semangat budak-budak ni..nak tengok ahmad ni leh sahut cabaran ke tak....
Masuk je kelas dah siap baca doa, saya perhati je muka ahmad ni...pucat sikit la muka dia...tapi dalam hati ni, pucat sampai nmpak mata je hitam...janji tetap kena tunaikan...
Dah faham kot saya pandang semacam, saya pun keluarkanlah duit RM 5..........;-)makin bertambah risau saya tengok muka ahmad ni...

RM5 yang cukup bermakna
"Ok, apa janji ustazah hari ni???"
"Suruh ahmad baca doa qunut ustazah..."serentak jawapan budak-budak ni.....
"kau bacalah ahmad, nanti dapat RM5 kau boleh belanja makan"...pelbagai suara halus kedengaran...
"ok..ahmad,boleh buat kan?sambil suruh budak lain bagi sokongan...
"AHMAD BOLEH,AHMAD BOLEH....!!!!"
"ok, ustazah nak dengar ahmad baca....terdiam 1 kelas, bersemangat nak dengar ahmad baca.....
ahmad pun mula la baca....ALLAHUMMAHDINI FIMAN HADAIT  ila akhirihi.......macam ada yang tersekat saya suruh ulang lagi...ulang sampai 5 kali,ada ketika muka pun berkerut-kerut mengingat..saya boleh nampak kesungguhan ahmad..alhamdulillah dengan izin Allah ahmad dapat baca dengan lancar, bergema kelas dengan tepukan semangat dari murid yang lain...terharu pun ada.

Bila dah janji, kena tepati.... saya hulurkan duit pada ahmad bukan main sejuk lagi tangan dia...;-)masa tu la ada murid istilahkan saya bagi rasuah....
"haa...dengar sini,ustazah bukan bagi rasuah tau...itu sebagai penaik semangat ahmad suruh ingat doa qunut..kamu semua nak ke nanti bila kamu berlari nak semua masuk syurga, ahmad masih merangkak-rangkak nak ikut juga?
"tak nak ustazah...sian dia...
"ustazah buat macam tu supaya nanti kita sama-sama masuk syurga tak ada yang terkecuali,bila bacaan solat dah ingat,senang nak solat....untuk ahmad dan anak murid ustazah yang lain dengar sini....kalau kawan kamu boleh buat, kamu pun boleh buat....kalau ustazah dulu boleh hafal, kamu lagi-lagi la dapat hafal...ye tak?
"betul ustazah...
Terasa sepanjang hari mulut ni nak tersenyum je....


Saya tutup pengajaran hari tu dengan kata-kata perangsang untuk murid-murid saya...kalau kita sungguh-sungguh nak dapatkan sesuatu untuk berjaya, insyaALLAH akan tolong kita dan akan sayang kita selamanya...Nak dapat apa sahaja pun senang je....kalau level ni,bahasa pun kena ringkas je asalkan diorang faham....

Sebenarnya tanggungjawab sebagai guru bukan setakat mengajar semata-mata tapi menerapkan nilai murni dalam diri setiap murid, macamana caranya bergantung kepada guru itu sendiri...
Teknik yang saya gunakan tadi, mungkin ada yang tidak berkenan..tapi bagi saya pendekatan yang terarah kepada kebaikan dan melekat di hati muri-murid itu yang terbaik..

Pengajaran lain yang saya dapat, diusia kecil seseorang mudah untuk dibentuk..itulah ada pepatah menyebut"melentur buluh biarlah dari rebungnya"...Usaha ini moga sedikit sebanyak meninggalkan kesan dihati anak-anak murid yang lain..menjadikan Islam sebagai satu cara hidup yang menyenangkan dan bukan satu bebanan....

Menjadi pendidik sebenarnya cukup mencabar, setiap hari punya pengalaman baru yang menjadikan diri sentiasa berfikir dan berfikir punca dan cara penyelesaiannya..Diharapkan kisah saya tadi jangan disalah tanggapan, bukan untuk meninggi diri..tapi sekadar satu perkongsian bersama..saya peroleh pengalaman baru untuk sama-sama kita kongsi...bukan "rasuah" tapi hadiah...

Itu sahaja untuk coretan dari insan yang masih belajar mencintai ilmu....
wassalam.

murid-murid saya, tanggungjawab saya