Tuesday 2 August 2011

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN



Assalamualaikum w.b.t.
Berjumpa lagi setelah mengharungi kesibukan yang terkadang membataskan waktu mengupdate blog ini...Terlalu terharu dan bersyukur padaMU YA ALLAH kerana diri masih lagi berpeluang untuk merasai nikmat bulan Ramadhan yang terkandung pelbagai kenikmatan yang belum tentu kita dapati di bulan-bulan lain...Alhamdulillah....SYUKUR YA ALLAH.

Semoga kedatangan bulan mulia ini ditunggu-tunggu bukan termagu-magu kononnya kedatangan bulan ini diibaratkan satu beban besar yang menghantui hati nurani ini..Mintak dijauhkan dari detik hati yang sebegitu..Apa salahnya kedatangan bulan ini, kita raikan semacam menyambut kehadiran kekasih hati yang teramat dicintai(suami isteri je tau)...Dihias rumah dengan hiasan yang menarik, dibersihkan rumah sebersihnya sampaikan habuk pun tak berani nak landing...;-) YA ALLAH nikmatnya dunia ya...

Ramadhan kareem ini kita hiaskan rumah-rumah kita dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran, kita bersihkan hati-hati kita dengan perbanyakkan zikir dan keampunan ALLAH. Malamnya kita selimutkan dengan selimut munajat disusuli dengan deraian air mata keinsafan, Subhanallah....Mampukah kita???Mampu atau tidak hanya kita yang mampu menilainya...Tiada lagi syaitan penggoda durjana yang menjadi penghalang, yang tinggal nafsu yang ingin berbuat kebaikan atau sebaliknya...Sama-sama kita fikirkan..

Diriwayatkan dalam sebuah Hadis daripada Nabi Muhammad S.A.W:

   من صام رمضان ايمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه
Maksudnya: "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharap balasan daripada Allah, diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu"


Bermula detik ini nafas ini menjadi TASBIH, tidur ini menjadi IBADAH, doa-doa menjadi IJABAH, pahala akan BERTAMBAH-TAMBAH....Sama-samalah kita mencari cahaya hikmah , menghayati nilai ibadah, meneliti dan bermuhasabah dalam bulan berjuta barakah ini...

Sayang keluarga anda???jom tanda sayang kita ajak keluarga kita mengimarahkan masjid-masjid ALLAH, untuk sama-sama bertarawikh bukan untuk moreh aje...;-)

Akhir kalam, diri bukan selayaknya memberi nasihat, tapi cukuplah sekadar memberi setakat yang diketahui sebagai tanda sayang sesama Islam...

Wassalam..






Wednesday 6 July 2011

IMAM DAN 20 SEN



20 sen....merubah segalanya
Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi maha mengasihani. Artikel kali ini yang berbentuk cerpen dipetik dari laman i luv islam..sama-sama kita hayati kisah ini.
Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.
Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.
Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.
"Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?" Imam tersebut bertanya kepada dirinya.
"Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup," kata Imam tersebut.
Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti.
Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.
"Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.
"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya," pemandu bas tersebut berkata.
Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya perlu berlaku jujur."
Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam."
Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!"
Sahabat-sahabatku sekalian...
Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam.
Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.


wassalam..

Friday 1 July 2011

Ustazah bagi "rasuah"......





Bismillahirrahmanirrahim.....alhamdulillah masih dikurniakan nikmat iman dan islam yang mengizinkan diri mencoretkan sesuatu sebagai pelengkap post....setiap hari punya kisah yang berbeza bagi setiap jiwa yang bergelar pendidik. Begitu juga dengan diri ini, hari ini dapat gelaran ustazah pemberi rasuah...tersenyum juga bila difikir-fikir.Hot juga kira ni....

Menjadi kebiasaan bagi diri saya, masuk je kelas agama bermula dari tahun 2 sampai 4...wajib baca doa iftitah, tahiyyat dan doa qunut...nak tak nak murid kena cuba juga hafal..bukan untuk kepentingan diri sebenarnya, tapi saya menganggap bila dari kecil dah dibiasakan dengan bacaan itu semua..insyaALLAH kefardhuan solat pun senang je nak buat. Saya bermula dengan tahun 2, dan kebiasaannya masuk je tahun 3 semua dah menguasai bacaan-bacaan tu.

Nak dijadikan cerita budak tahun 3, ahmad(bukan nama sebenar)..masih lagi belum lancar doa qunut sedangkan kawan-kawan yang lain alhamdulillah semua sudah lancar. Jadinya, saya pun buatla perjanjian secara tidak rasmi dalam kelas tanpa ada sebarang kenyataan bertulis...
"ustazah bagi tempoh seminggu sampai jumaat untuk ahmad hafal doa qunut...kalau boleh ingat, ustazah bagi duit RM 5,kalau x dapat ustazah mintak kamu 2 kali ganda dari duit tu@ ahmad hafal doa qunut depan guru di bilik guru"...bukan main lagi bagi arahan, tapi sebenarnya paksaan buat murid rasa tecabar.
terkulat-kulat tengok muka ahmad....takut juga dia nak sahut cabaran..budak-budak yang lain sibuk bagi kata semangat kat ahmad..tersenyum sendiri lagi ustazah dia ni...;-)

Bila tibanya hari Jumaat, hari ni la....tiba je masa agama islam, berlari-lari kawan-kawan ahmad ni panggil saya di bilik guru, punyala semangat budak-budak ni..nak tengok ahmad ni leh sahut cabaran ke tak....
Masuk je kelas dah siap baca doa, saya perhati je muka ahmad ni...pucat sikit la muka dia...tapi dalam hati ni, pucat sampai nmpak mata je hitam...janji tetap kena tunaikan...
Dah faham kot saya pandang semacam, saya pun keluarkanlah duit RM 5..........;-)makin bertambah risau saya tengok muka ahmad ni...

RM5 yang cukup bermakna
"Ok, apa janji ustazah hari ni???"
"Suruh ahmad baca doa qunut ustazah..."serentak jawapan budak-budak ni.....
"kau bacalah ahmad, nanti dapat RM5 kau boleh belanja makan"...pelbagai suara halus kedengaran...
"ok..ahmad,boleh buat kan?sambil suruh budak lain bagi sokongan...
"AHMAD BOLEH,AHMAD BOLEH....!!!!"
"ok, ustazah nak dengar ahmad baca....terdiam 1 kelas, bersemangat nak dengar ahmad baca.....
ahmad pun mula la baca....ALLAHUMMAHDINI FIMAN HADAIT  ila akhirihi.......macam ada yang tersekat saya suruh ulang lagi...ulang sampai 5 kali,ada ketika muka pun berkerut-kerut mengingat..saya boleh nampak kesungguhan ahmad..alhamdulillah dengan izin Allah ahmad dapat baca dengan lancar, bergema kelas dengan tepukan semangat dari murid yang lain...terharu pun ada.

Bila dah janji, kena tepati.... saya hulurkan duit pada ahmad bukan main sejuk lagi tangan dia...;-)masa tu la ada murid istilahkan saya bagi rasuah....
"haa...dengar sini,ustazah bukan bagi rasuah tau...itu sebagai penaik semangat ahmad suruh ingat doa qunut..kamu semua nak ke nanti bila kamu berlari nak semua masuk syurga, ahmad masih merangkak-rangkak nak ikut juga?
"tak nak ustazah...sian dia...
"ustazah buat macam tu supaya nanti kita sama-sama masuk syurga tak ada yang terkecuali,bila bacaan solat dah ingat,senang nak solat....untuk ahmad dan anak murid ustazah yang lain dengar sini....kalau kawan kamu boleh buat, kamu pun boleh buat....kalau ustazah dulu boleh hafal, kamu lagi-lagi la dapat hafal...ye tak?
"betul ustazah...
Terasa sepanjang hari mulut ni nak tersenyum je....


Saya tutup pengajaran hari tu dengan kata-kata perangsang untuk murid-murid saya...kalau kita sungguh-sungguh nak dapatkan sesuatu untuk berjaya, insyaALLAH akan tolong kita dan akan sayang kita selamanya...Nak dapat apa sahaja pun senang je....kalau level ni,bahasa pun kena ringkas je asalkan diorang faham....

Sebenarnya tanggungjawab sebagai guru bukan setakat mengajar semata-mata tapi menerapkan nilai murni dalam diri setiap murid, macamana caranya bergantung kepada guru itu sendiri...
Teknik yang saya gunakan tadi, mungkin ada yang tidak berkenan..tapi bagi saya pendekatan yang terarah kepada kebaikan dan melekat di hati muri-murid itu yang terbaik..

Pengajaran lain yang saya dapat, diusia kecil seseorang mudah untuk dibentuk..itulah ada pepatah menyebut"melentur buluh biarlah dari rebungnya"...Usaha ini moga sedikit sebanyak meninggalkan kesan dihati anak-anak murid yang lain..menjadikan Islam sebagai satu cara hidup yang menyenangkan dan bukan satu bebanan....

Menjadi pendidik sebenarnya cukup mencabar, setiap hari punya pengalaman baru yang menjadikan diri sentiasa berfikir dan berfikir punca dan cara penyelesaiannya..Diharapkan kisah saya tadi jangan disalah tanggapan, bukan untuk meninggi diri..tapi sekadar satu perkongsian bersama..saya peroleh pengalaman baru untuk sama-sama kita kongsi...bukan "rasuah" tapi hadiah...

Itu sahaja untuk coretan dari insan yang masih belajar mencintai ilmu....
wassalam.

murid-murid saya, tanggungjawab saya






Wednesday 29 June 2011

Dimana nilai seorang wanita.......part 1








Tiada kata secantik bahasa....Bismillahirrahmanirrahim..pena mula untuk menari...saat tercari-cari bahan untuk dikongsikan bersama, hati tiba-tiba dipagut rasa sedih, terharu, malu.....bila terpandang pakaian wanita zaman sekarang...berpakaian hanya sebagai syarat bukan satu ibadat...nauzubillah min zalik..

Bila dilihat pada foto tadi, terasa nilai seorang wanita telah hilang, seiring dengan aras kemodenan...makin maju dalam pembangunan rupanya makin maju jua dalam hal yang berkaitan kelalaian dalam menunaikan tuntutan syariat. Wanita diciptakan dengan kecantikan yang cukup unik, bukan untuk dipertonton,tapi untuk dijaga rapi sesuai dengan fitrah semulajadi...Sifat malu sebagai dinding penguat dari dicerobohi dan dikhianati....

Mungkin artikel akan datang kita perbincangkan lagi tajuk ini...Selagi ada hayat, jadikan diri kita mungkin tidak sesempurna para cendekiawan Islam lain, tapi kita cuba untuk buat yang terbaik untuk Islam..Biar perubahan sedikit yang memberi nilai istiqamah dalam diri jauh lebih baik daripada berubah secara mendadak yang mungkin hanya seketika melekat dalam diri.Apa pun semua bergantung kepada tahap kemampuan diri sendiri...

Cukup dahulu untuk kali ini, diri tidak akan berubah jika tiada langkah perubahan yang mengiringi. Berfesyen tiada salahnya, tapi biar betul pada tuntutan syariat...Semoga Allah lindungi kita dalam setiap langkah perjalanan atas bumi ini Allah. Siapa kita nak mempersoal hukum Allah sedangkan diri menumpang di atas bumi ciptaanNYA.. Junjung syariat tinggalkan syarat....
wassalam...

Tuesday 28 June 2011

BERBAHAGIALAH BERGELAR WANITA


WANITA
Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan


Lirik Wanita - Dehearty


Menggamit rindu

wajah-wajah kesayangan till 2010
Bismillahirrahmanirrahim......Syukur padaMU ya Allah kerana masih lagi mengizinkanku merasai nikmat berkasih sayang.Bila berjauhan , terkadang rindu datang bertandang. Inilah wajah-wajah kesayangan cik pa yang tidak akan pernah dilupakan. Anak-anak saudara yang comel-comel belake sehingga tahun 2010.Saat kita dekat senyum,tawa riang menjadi bahan untukku sentiasa melebarkan senyuman. Saat berjauhan senyum masih boleh mampu diukir mengingatkan memori yang kita ciptakan bersama..

Tiada harapan yang sebaiknya selain berharap hanya kepadaNYA. Cik pa doakan kalian semua akan membesar dengan benih-benih keimanan yang menjadi kekuatan @'power' untuk menghadapi masa-masa akan datang yang semakin mencabar ini. Ingatlah sayang, hanya IMAN mampu menjadi benteng terkuat kita sebagai khalifah ALLAH di muka bumi ini..

YA ALLAH YA TUHANKU, YANG MAHA AGUNG LAGI MAHA PENYAYANG...KAU LINDUNGILAH KHALIFAH-KHALIFAH KECIL INI DARIPADA SEBARANG MALAPETAKA, KAU SEMATKANLAH IMAN YANG UTUH DALAM HATI-HATI MEREKA AGAR MEREKA TIDAK TERPESONG DARI PANDUAN YANG SEBENAR. KAU JADIKAN MEREKA ANAK YANG SOLEH SOLEHAH KEPADA IBU BAPA MEREKA...AMIN

salam sayang buatmu wajah kesayangan  hamba


REJAB istimewa dengan ISRA' MIKRAJ




MAKKAH AL MUKARRAMAH

MADINAH AL-MUNAWWARAH
Peristiwa Isra dan Mi'raj Nabi Muhammad s.a.w. terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian beliau, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam. Tarikh ini bersamaan 662 M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum Hijrah dari Mekah keMadinah. Tahun ini juga dikenali sebagai Tahun Dukacita kerana bapa saudaranya Abu Talib bin Abdul Mutalib dan isterinya Siti Khadijah binti Khuwailidmeninggal dunia. Nabi dan anak angkatnya Zaid bin Harisah diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah .Peristiwa israk mikraj ini tercatat dalam surah al Isra ayat 1 (Al Quran:17:1). Surah al Najm ayat 60 juga menceritakan peristiwa ini .(al Quran:53:13-18)
Perjalanan selama 3/4 malam sahaja iaitu dari jam 6 malam hingga 6 pagi Nabi kembali semula ke Mekah sebelum terbit fajar . Baginda menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram ke Masjid Aqsa di Jerusalem / Baitul Maqdis di Israel / Palestin kini. Arah kiblat umat Islam ketika itu ialah Baitul Maqdis. Selepas peristiwa ini , arah kiblat ditukar ke Mekah. Di Tembok Barat masjid , buraq telah ditambat di suatu tempat. Nabi mengerjakan solat dua rokaat di beberapa tempat persinggahan seperti di MadinahMadyan dan Bukit Thursina. Di Masjid Aqsa , Nabi sembahyang berjemaah dengan makmumnya ialah Nabi Adam , Nabi Musa dan Nabi Isa. Baginda ditawarkan minuman susu atau arak. Tetapi Nabi Muhamad memilih susu sebagai minumannya.
Seterusnya diangkat secara fizikal melalui mikraj (tangga emas dan perak) dari bumi ke langit ke-7 hingga ke Sidratul Muntaha dan bertemu dengan Allahdi Arasy. Di Baitul Makmur, Nabi melihat malaikat bertawaf dan moyangnya Nabi Ibrahim bersandar di situ .Wajah Nabi Ibrahim persis wajahnya . Nabi juga 'dibedah' untuk kali kedua. Sebelum ini, semasa kanak-kanak , baginda pernah dibedah oleh dua malaikat semasa di perkampungan ibu susunyaHalimatun Saadiah.
Nabi telah bertemu dan bercakap dengan Nabi IbrahimNabi Musa dan Nabi Isa.
Peristiwa luar biasa ini paling penting dalam kalendar Islam kerana menandakan seseorang itu Islam atau kufur. Ia sebuah mukjizat dari Allah S.W.T bagiNabi Muhammad s.a.w. yang tidak pernah dilakukan oleh rasul dan nabi sebelumnya. Hanya Nabi Muhammad s.a.w. sajalah yang diberikan anugerah dan kehormatan oleh Allah S.W.T untuk melakukannya sebagai petanda betapa tingginya penghargaan Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Dalam perjalanan Isra' mahupun Mikraj seperti tercantum dalam buku 'Muhammad Beraudiensi dengan Tuhan karya Moch. Abdai Rathomy (1983: 53),Nabi Muhammad didampingi Malaikat Jibril dan Mikail menunggang seekor haiwan yang disebut 'Buraq'.
Dalam masyarakat Islam, peristiwa ini tercatat dalam kalendar Islam. Umat Islam akan sembahyang sunat. Ceramah khas selalu diadakan bagi mengenang peristiwa tersebut.
Beberapa peristiwa yang terjadi selama Isra' berlangsung memberikan hikmah dan pelajaran yang sangat mendalam bagi Nabi Muhammad s.a.w. serta menjadi cermin bagi umat yang menjadi pengikutnya.yang terjadi selama Isra' berlangsung memberikan hikmah dan pelajaran yang sangat mendalam bagi Nabi Muhammad s.a.w. serta menjadi cermin bagi umat yang menjadi pengikutnya.
Dalam perjalanan Mikraj banyak pula hal yang dialami oleh Nabi Muhammad s.a.w.   


Namun yang paling penting adalah baginda mendapat keringanan solatfardu dari 50 kali menjadi 5 kali sehari semalam, sebuah kewajiban yang harus dikerjakan umatnya sampai kelak akhir zaman.


 Bantahan orang Quraisy

Sekembali dari Israk dan Mikraj, Nabi Muhamad telah diragui dan ditertawakan oleh masyarakat Quraisy terutama pemimpinnya Abu Jahal dan Abu Lahab.Bagi Abu Jahal , inilah bukti Nabi Muhamad seorang yang gila dan ahli sihir kerana mana mungkin pergi ke Palestin hanya semalaman dan menjelang subuh sudah sampai di Mekah semula . Abu Jahal mempersendakan Rasulullah di Hijr Ismail di hadapan komuniti Bani Kaab bin Luay.
Namun Abu Bakar adalah orang pertama yang percaya dengan cerita itu kerana baginya Muhamad adalah seorang al Amin. Abu Bakar sentiasa membenarkan khbar langit yang Rasulullah bawa. Aisyah mencatatkan ada orang Islam yang murtad selepas peristikwa itu.
Setelah dicabar oleh Bani Kaab bin Luay, Nabi menceritakan keadaan Masjidil Aqsa hingga hampir keliru. Mujurlah saat itu Allah mendatangkan Masjid Aqsa dan diletakkan berdekatan rumah Uqail. Maka, mudahlah Nabi menceritakan masjid itu. Salah seorang dari mereka mengakui kebenaran gambaran itu kerana pernah pergi ke Masjidil Aqsa.
Begitulah istimewanya bulan Rejab ini, isra' mi'raj di dalamnya penuh penceritaan yang mampu kita sama-sama jadikan panduan dan pedoman. Ingat...bukan untuk diri kita sahaja tapi biar dikongsi untuk yang lain. Sharing is caring ;-)